PEMANASAN GLOBAL (GLOBAL WARMING)

GAMBARAJAH DI BAWAH MENUNJUKKAN KEJADIAN FENOMENA PEMANASAN GLOBAL

Pemanasan global merupakan satu fenomena pemerangkapan
gas yang dikenali sebagai gas rumah hijau yang mana kumpulan gas inimenghalang
dan memerangkap haba bumi daripada terbebas keluar ke angkasa. Sifat
kumpulan gas ini ialah membenarkan bahangan matahari menembusinya tetapi
menghalang pembebasan semula bahangan bumi ke atmosfera. Contoh gas rumah
hijau ialah karbon dioksida, karbon monoksida, kloroflorokarbon (CFC),
metana, nitrogen oksida dan lain-lain. Kebiasaannya, fenomena pemanasan
global dapat dirasai dengan lebih jelas di kawasan kutub utara dan selatan,
kawasan pembangunan perindustrian, kawasan perbandaran dan banyak lagi tempat
dunia.
PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA PEMANASAN GLOBAL
1. PERINDUSTRIAN

Aktiviti perindustrian merupakan punca utama kepada fenomena
pemanasan global. Pembakaran bahan api fosil seperti gas dan arang batu bagi
menggerakkan mesin dan jentera telah mengeluarkan banyak gas rumah hijau
terutamanya gas karbon dioksida.
Semakin banyak gas karbon dioksida dihasilkan, semakin banyak haba yang dan terperangkap oleh lapisan gas lalu meningkatkan suhu udara secara global.
2. PENGANGKUTAN

Kenderaan bermotor kini merupakan pengangkutan utama bagi manusia
memudahkan pergerakan mereka di bumi ini.
Penggunaan kenderaan yang menggunakan minyak sebagai bahan bakar utama bagi menggerakkan enjin kenderaan khususnya minyak tanpa plumbum telah banyak membebaskan gas karbon dioksida dan gas karbon monoksida
3. PEMBAKARAN HUTAN

Kegiatan pembakaran hutan secara besar-besaran dan berleluasa untuk
membersihkan kawasan hutan bagi menjalankan aktiviti pertanian, petempatan atau
sebagainya telah menyumbang kepada pemanasan global
Pembakaran hutan telah menyebabkan imbangan kandungan oksigen dengan karbon dioksida tidak seimbang. Lebihan karbon dioksida terjadi dan berlakulah pemanasan global
Asap yang terbebas ke angkasa daripada pembakaran hutan juga
mengandungi banyak gas karbon dioksida.
4. PERTANIAN DAN PENTERNAKAN

Aktiviti pertanian yang menggunakan racun-racun serangga dan baja
kimia secara berlebihan.
Penggunaan racun-racun serangga dan baja kimia yang secara berlebihan ini telah mengeluarkan banyak gas rumah hijau terutamanya gas metana.
Kegiatan perternakan juga menyebabkan berlakunya pemanasan global.
Hasil buangan najis haiwan ternakan seperti kambing dan lembu telah menghasilkan
dan membebaskan banyak gas metana ke angkasa.
LETUSAN GUNUNG BERAPI

Selain punca pemanasan global yang disebabkan oleh aktiviti manusia
terdapat juga disebabkan oleh faktor semulajadi iaitu letusan gunung berapi.
Letupan gunung berapi yang banyak mengeluarkan asap dan debu yang
mengandungi banyak gas rumah hijau contohnya karbon dioksida, gas karbon
monoksida, gas sulfur dioksida dan sebagainya telah menyumbang kepada
berlakunya pemanasan global.
Contoh gunung berapi yang pernah meletus ialah Gunung Tambore di
Sumbawa dan Gunung Krakatoa di Selat Sunda.
KESAN-KESAN AKIBAT PEMANASAN GLOBAL

Peningkatan suhu secara global sudah tentu akan mencairkan litupan
salji dan glasier di kawasan-kawasan pergunungan dan kedua-dua kutub. Kenaikan
air laut akibat pencairan ais berupaya memberi dampak yang dahsyat seperti
kejadian banjir besar terhadap negara-negara kepulauan contohnya Fiji dan
Maldives serta negara-negara pada ketinggian yang rendah contohnya Belanda dan
Bangladesh. Akibat pencairan ais yang menyebabkan kejadian banjir besar ini
akan mengakibatkan kemusnahan bukan sahaja nyawa manusia dan harta benda akan
musnah tetapi bekalan makanan seperti tanah-tanah pertanian yang subur akan
turut termusnah.

Suhu bumi yang tinggi menyebabkan tanah-tanah yang subur menjadi
tandus dan tidak sesuai bagi aktiviti pertanian. Pokok-pokok tanaman juga tidak
dapat hidup dengan subur seterusnya mengurangkan hasil pertanian. Walaupun
hanya berlaku perubahan kecil pada suhu, taburan hujan dan sinaran matahari,ia
boleh menyebabkan hasil pertanian terjejas teruk, sekaligus mengancam bekalan
makanan dunia.

Kekeringan sumber air permukaan bumi/ kemarau menyebabkan proses sejatan tidak mempunyai wap-wap air untuk membentuk awan yang tebal bagi menurunkan hujan. Kadar hujan berkurangan, udara menjadi kering dan persekitaran menjadi panas. Dalam keadaan udara kering memudahkanterbentuknya jerebu/ partikulat-partikulat terampai. Pemanasan global mengakibatkan peningkatan suhu di Lautan Pasifik. Hal ini mengubah pola tiupan angin lazim dari darat ke laut akibat perbezaan tekanan yang hebat. Kesannya angin kencang bertiup ke barat Pasifik menyebabkan cuaca panas dan angin lembab pula bertiup ke timur Pasifik menyebabkan kejadian ribut, banjir dan taufan.
No comments:
Post a Comment