Sesi persekolahan bagi tahun 2015 bakal melabuhkan tirainya. Banyak
kenangan suka duka yang telah berlangsung sepanjang tahun ini. Sama ada ianya
kenangan manis atau kenangan pahit untuk anda pada tahun ini, sudah tentu ianya
akan menjadi titik tolak kepada satu permulaan yang baru, ke arah yang lebih
baik, inshaAllah. Jom saya bawa pembaca mengimbau kembali kontroversi dan
isu-isu yang melanda pendidikan Malaysia sepanjang tahun 2015 ini. Semoga yang
baik, kita jadikan teladan, dan yang buruk kita jadikan sempadan!
Isu Ibubapa vs Cikgu
Isu pada awal tahun bermula dengan gambar keratan akhbar mengatakan
amaran kepada cikgu supaya jangan denda, hukum dan bagi kerja rumah kepada anak
murid. Maka ramai lah yang respon dengan
perkara ini dengan menyuruh ibubapa mengajar sendiri anak-anak mereka. Tapi
muncul juga persoalan, benarkah mesej tersebut daripada ibubapa?

Isu kemudian diteruskan lagi dengan kenyataan
kontroversi Dr Rubiah K Hamzah mengenai cikgu yang bersalah kalau
pelajar bermasalah. Dah tentu lah meletup sekejap rakan guru mengulas kenyataan
yang camtu. Macam-macam komen juga keluar dari pelbagai pihak.
Kes bertambah serius lagi dengan isu makan
pelajar bukan Islam dalam jamban semasa bulan puasa yang mendapat liputan
yang sangat meluas di media massa. Sehinggalah kebenarannya terbukti. Itu bukan
jamban! Tetapi bilik persalinan yang diubahsuai bagi menggantikan kantin yang
sedang dibina semula. Langsung tak ada permohonan maaf daripada ibu yang
mencetuskan huru hara kepada pihak sekolah!

Selain itu ada juga isu bapa
pelajar yang menyaman sekolah kerana anaknya tidak menyiapkan kerja
rumah. Sehingga kan muncul juga beberapa video parodi mengenai isu ini. Kesian
cikgu.. Kemudian sebuah sekolah didakwa telah memasang
CCTV dalam tandas yang kemudiannya dinafikan oleh pihak sekolah.
Pemasangan CCTV juga sebenarnya telah mendapat persetujuan ibubapa.
Isu Cikgu
Kisah cikgu yang paling menggemparkan tahun ini tentulah kisah
mengenai seorang guru
yang kematian anak nya dalam kereta. Saya tak nak ulas lebih-lebih, tetapi
mendoakan yang terbaik buat beliau dan keluarga. Kemudian dikejutkan sekali
lagi mengenai kehilangan anak seorang guru. Yang kemudiannyaanak
tersebut ditemui di Pulau Pinang, dilarikan oleh kekasihnya. Hmm.. Ini pun
taknak komen lebih-lebih.
Isu semasa seperti LGBT juga telah mengetengahkan guru yang bergiat
aktif dalam menyedarkan golongan LGBT, seperti Cikgu
Erin, dulu pondan sekarang pendakwah. Dunia pendidikan juga dikejutkan
dengan insiden tembakan beberapa orang guru diKelantan dan Kedah.
Tak lupa juga kematian beberapa tokoh utama dalam dunia pendidikan di Malaysia
seperti Allahyarham
Ustaz Muhammad El-Muhammady, Allahyarham
Tan Sri Ainuddin Wahid, dan Allahyarham
Tan Sri Dr Awang Had Salleh.Semoga Allah merahmati mereka semua!
Isu Buli
Untuk tahun ini, masih ada kedengaran beberapa kes buli dalam
kalangan pelajar yang dilaporkan ke media massa. Dimulakan dengan isu
buli ketua kelas di SMK Tun Hussein Onn sehinggalah isu
buli dalam asrama di SMK Julau, Sarawak.

Walaupun kes yang berlaku di 2 buah sekolah ini adalah tidak serius
sehingga menyebabkan kematian, namun perkara seperti ini perlu sentiasa
dipandang serius. Semua pihak perlu bekerjasama dalam membanteras kes buli ini
sehingga ke tahap sifar!
Isu Cikgu Berpolitik
Oleh sebab pada tahun ini kita didemamkan dengan demam politik
untuk hampir sepanjang tahun, maka muncul lah beberapa cikgu yang saya rasa
sedikit melampau bila bermain dengan isu politik. Maka muncul lah kes-kes
macam Cikgu
Doggie. Serius juga kesnya, sehinggakan diambil tindakan oleh polis
dan KPM sendiri.

Isu politik ini berterusan lagi apabila seorang guru di Selangor
telah menghukum pelajar-pelajarnya yang sekolah rendah berdiri
hanya kerana perbezaan fahaman politik. Musim politik, sila jaga diri yer..
Isu Cikgu Perkauman
Ini juga antara isu yang sepatutnya dah tak boleh ada di bumi
Malaysia nih. Seorang cikgu
perempuan di sebuah sekolah di Johor, telah melakukan provokasi melampau
terhadap muridnya dengan memanggil mereka dengan gelaran yang sangat tidak
sopan. Memang tak patut! Guru tersebut kemudiannya ditempatkan di PPD sementara
menunggu siasatan.

Kemudian sekali lagi gempar dengan kenyataan kontroversi oleh
seorang Pengetua semasa perhimpunan. Kenyataan menjadi lebih kontroversi
apabila wartawan hanya melaporkan "balik
ke China dan India" menyebabkan ianya menjadi isu yang besar.
Kenyataan asalnya, "balik ke China, India dan Indonesia". Yang
wartawan tuh pun satu hal..
Isu PPPM
Isu pelaksanaan PPPM juga mengundang banyak polemik dalam kalangan
pendidik Malaysia. Terutamanya bagi mereka yang salah faham akan tujuan
pelaksanaan dasar tersebut. Bantahan menyebabkan respon yang keras daripada
pelbagai pihak. Ini termasuk kenyataan daripada Dr
Teo Kok Seong terhadap Dong Zong yang dilihat menentang pelaksanaan
dasar tersebut. Menteri Pendidikan pulategas
dengan kenyataan akan meneruskanpelaksanaan dasar tersebut. Akhirnya pada
bulan September 2013, PPPM telah
selamat dilancarkan dengan jayanya.
Isu PBS
Isu PBS memang isu yang paling TOP dalam kalangan cikgu untuk tahun
2013 ini. Sampai ada yang buatluahan berkaitan
dengan permasalahan yang timbul akibat PBS ini. Rungutan demi rungutan
didedahkan oleh pihak tertentu. Kes menjadi lebih kritikal apabila isu PBS dan sistemnya
iaitu SPPBS turut disuarakan di Parlimen. Kesannya, sistem yang banyak
kelemahan tersebut telah ditutup
bagi dibaikpulih selama sebulan.
Tokoh-tokoh akademik seperti Dr
Mohamad Agus juga lantang dalam memperjuangkan nasib-nasib guru yang
bertungkus lumus menyiapkan tugasan dalam kesukaran. Kewujudan group-group di
Facebook yang memohon supaya dimansuhkan PBS bagi menjamin masa depan
pendidikan Malaysia.
Isu Profesionalisma Guru
2013 juga menyaksikan kewujudan begitu banyak sistem-sistem dalam dunia pendidikan Malaysia. Memang banyak, sampai ada yang
bertindih fungsinya. Itu belum kira samaada berkesan atau tak, lambat atau
cepat. Kemudian keluar pula kenyataan mengenai 70%
guru Bahasa Inggeris yang tidak menguasai bahasa tersebut. Pelbagai
maklumbalas daripada guru-guru Bahasa Inggeris menerjah dunia blog.
Pelaksanaan dasar MMI juga memberi reaksi berbeza daripada
guru-guru sehingga memaksa untuk NUTP
bertindak memperjuangkan permasalahan yang timbul di peringkat guru
dan sekolah. Dengan pelaksanaan pelbagai dasar
lagi untuk sepanjang tahun 2013 ini, maka diharapkan KPM agar lebih
berhati-hati dan jalankan kajian terlebih dahulu sebelum dilaksanakan.
Muncul juga kenyataan-kenyataan kontroversi daripada pihak-pihak
tertentu berhubung dengan profesionalisma guru seperti guru
yang tidak bersemangat mengajar dan pelajar
ponteng kerana cikgu membosankan.
Isu Peperiksaan
Isu peperiksaan paling popular tahun ini tentulah mengenai pemansuhan
PMR dan digantikan dengan PBSMR bermula tahun 2014. Walaupun masih
belum clear sistem dan tatacara pelaksanaannya, namun diharapkan pelaksanaannya
tidak menjejaskan pendidikan generasi akan datang.
Kisah pada hari keputusan UPSR juga tak kurang hebatnya. Ada kisah
sedih mengenai seorang anak
OKU yang dikendong oleh bapanya sampai ke rumah kerana mendapat
keputusan cemerlang dalam UPSR. Dan ada juga kisah yang berlebihan. Namun yang
paling diingati tentulah kisah seorang tokey ayam yang menghadiahkan anaknya
sebuah kereta Mini Cooper sebab dapat 5A.. Bestnya dia...

Pada hari pertama SPM juga, kita dikejutkan dengankisah
sedih mengenai kematian 2 orang pelajar yang menjadi calon SPM. Sudah
tentu kisah ini mengingatkan saya kepada mendiang pelajar saya yang tak sempat
nak ambil SPM pada tahun ini kerana terlibat dalam satu kemalangan maut.
Kisah SPM dipanaskan lagi dengan isu
soalan Matematik yang dikatakan bocor. Memang hebat betul perdebatan yang
berlaku kat ruangan komen di blog saya nih. Pelbagai pihak saling tuduh menuduh
dan memberikan bukti masing-masing. Akhirnya Lembaga Peperiksaan muncul dengan
kenyataan bahawa tidak
ada isu soalan bocor. Selesai!
Isu Pertukaran Guru
Pertukaran guru juga merupakan isu yang memang sudah lama berkumandang
dalam dunia pendidikan. Besarnya isu ini sehingga dimainkan sebagai antara isu
utama dalam permainan politik pada tahun ini sehingga menyebabkan menteri
mengeluarkan kenyataan berita
baik bagi pertukaran guru-guru yang sudah berkahwin.
Pertukaran juga dikatakan akan lebih bersifat mesra pasangan.
Malah guru-guru
semenanjung di Sabah dan Sarawak yang sudah lama berkhidmat akan cuba
dibawa pulang pada tahun ini. Tak cukup dengan itu, KPM juga tampil
membersihkan diri dengan menjawab dakwaan
pertukaran yang menggunakan duit oleh orang tengah.

Akhirnya apa yang berlaku?. Keputusan EGTukar lewat diumumkan lebih
daripada kebiasaan. Dan pertukaran mesra pasangan seperti yang dijanjikan juga
kurang boleh dipercayai. Kalau tidak masakan boleh muncul watak cikgu yang
baru, iaitu Cikgu Idayu.
Kisah sedih guru muda yang sangat tertekan akibat gagal dalam permohonan
pertukaran. Bukan Cikgu Idayu sahaja, tetapi juga Cikgu
Hailmi yang gagal permohonan pertukaran buat kali ke-10! (tumpang sekaki)
Di sebalik semua kisah kontroversi sepanjang tahun 2013 ini, saya
yakin semua guru mempunyai semangat yang kental dalam mengharungi susah payah
dan jerih perih kesukaran bergelar seorang cikgu! Semoga kita terus tabah dan
dikurniakan dengan semangat yang tak pernah kenal erti jemu dalam mendidik anak
bangsa. Amin!
No comments:
Post a Comment