Sunday, 6 September 2015

CIRI-CIRI KANAK-KANAK DIKLESIA

Ciri-ciri Kanak-kanak Disleksia
Menurut Sri Cempaka (2007), secara umumny, antara ciri-ciri kanak-kanak disleksia ialah mereka sangat menumpukan perhatian dan komited tetapi gagal.  Mereka pandai dalam bidang seni.  Semasa membaca, mereka perlu menggunakan jari untuk membaca dan juga untuk mengira.   Kanak-kanak disleksia minat belajar dan nampak pandai, namun mereka lemah dalam pelajaran kerana sukar untuk dikuasai.  Jika mereka gagal disekolah, mereka akan sangat kecewa. Selain itu, mereka selalu jatuh (clumsy) dan terlupa nama benda-benda. Mereka juga sering berhadapan dengan bentuk emosi yang tidak menentu (moody) tanpa sebab-sebab tertentu.  Sri Cempaka juga memberi ciri-ciri secara khusus berdasarkan kemahiran-kemahiran asas bahasa, namun ciri-ciri ini akan dibincangkan kemudian, iaitu daripada 2.2.2 sehingga 2.2.7.  Ciri-ciri yang ditulis diberi oleh Sri Cempaka (2007) dan akan ditambah dengan ciri-ciri oleh pengkaji dan penulis lain.
Selain Sri Cempaka, SpeEd. (2007) memberi ciri-ciri dalam kanak-kanak prasekolah.  Guru-guru prasekolah boleh menggunakan tanda-tanda ini untuk mengenal pasti kanak-kanak disleksia.  Antara tanda-tanda kanak-kanak prasekolah ialah kemahiran bertutur mereka lambat dan mereka sukar memahami arahan.  Selain itu mereka suka mengganti perkataan dan hiperaktif.  Kemahiran motor kasar dan motor halus mereka lemah. Sebagai contoh, mereka sentiasa melanggar barang di sekitar mereka dan sukar membaling atau menangkap bola.  Contoh untuk motor hauls yang lemah, mereka tidak dapat memegang alat tulis atau tidak boleh menggunting. (Sariah Amirin, 2000)  Mereka juga seringkali terlupa nama benda-benda atau pelajaran yang dipelajari.  Selain daripada itu, mereka suka mendengar bacaan tetapi tidak berminat membaca sendiri.  Mereka sifat ingin tahu tinggi, berminat terhadap pekara baru dan suka bertanya banyak soalan.
Otak Kanak-kanak Disleksia
Sariah Amirin (2000) memberi ciri-ciri kanak-kanak disleksia daari segi otak mereka.  Otak manusia terbahagi kepada dua sfera, kanak dan kiri.  Sfera sebelah kiri digunakan untuk penggunaan bahasa, pemikiran logik, susunan dan struktur.  Manakala sfera sebelah kanan digunakan untuk visual, daya kreatif, dan kemahiran seni.  Kebanyakan orang dapat mengembangkan kedua-dua jenis kemahiran tetapi pada kebiasaannya satu bahagian otak akan menjadi lebih dominan.  Orang disleksik lazimnya cenderung menggunakan otak kanan.  Cara berfikir dan belajar mereka berlainan.  Mereka berbakat kreatif atau seni, walaupun mereka lemah dalam kemahiran bahasa, logik,  turutan dan struktur.  Menurut Sariah Amirin (2000) lagi, cara orang disleksia memerhati dan berfikir boleh dianggap satu “anugerah” dan bukannya satu masalah.
Masalah Pendengaran
Dari segi mendengar, mereka kelihatan seperti tidak mendengar (Sri Cempaka, 2007) atau tidak mempedulikan (SpeEd, 2007).  Hal ini kerana mereka lambat dalam memproses maklumat mereka terima.  Maka, mereka tidak akan melakukan arahan yang diberi oleh guru, terutamanya jika arahan tersebut terlalu panjang.  Mereka juga tidak akan menyusun sesuatu mengikut susunan, contoh melakukan arahan mengikut urutan.  Namun, mereka suka mendengar bacaan tetapi tidak berminat untuk membaca sendiri.
Masalah Pertuturan
Dari segi pertutran pula, mereka menghadapi kesukaran bertutur dan juga mempunyai kesukaran untuk mengeluarkan atau memilih perkataan yang sesuai semasa bercakap bagi menyampaikan maksudnya. (Untung S. Drazat, 2006)  Hal ini mungkin kerana perkembangan pertuturan dan bahasa yang lambat.  Selain itu, bahasa lisan lebih baik daripada penulisan.  Mereka suka belajar dengan irama kanak-kanak “nursery rhymes”.
Masalah Mengeja
Menurut SpeEd (2007) kelemahan mengeja akan menyebabkan kebolehan untuk menyampaikan pengetahuan yang diperolehi adalah terhad.  Untuk tempoh jangka masa yang panjang, kelemahan dalam proses mengeja akan memberi kesan terhadap kelemahan membaca dan memulis.  Timbulnya masalah ini adalah berpunca daripada masalah-masalah awalan seperti terdapatnya kekeliruan dalam mengenal pasti huruf-huruf seperti: ‘m’ – ‘w’, ‘y’ – ‘g’ – ‘j’, ‘u’ – ‘n’,’m’ – ‘n’, ‘c’ – ‘e’, ‘p’ – ‘q’, ‘h’ – ‘n’ dan ‘b’ – ‘d’.  Selain itu, terdapat juga kekeliruan dalam membunyikan huruf seperti ‘t’ – ‘h’ dan ‘f’ – ‘v’.  Hal ini akan menyebabkan mereka kelihatan seperti tidak berhati-hati apabila mengeja. (Sri Cempaka, 2007)
Pengeliruan huruf akan menyebabkan kemahiran mengeja kanak-kanak lemah dan  ejaan mereka sering tidak konsisten.  Mereka tidak boleh mengeja perkataan asas dan mudah yang seharusnya boleh dieja oleh seseorang murid mengikut umur mereka.  Tahap perbendaharaan kata mereka lemah.  Contohnya murid tahun 1 sepatutnya boleh mengeja perbendaharaan kata mudah seperti baju, muka, emak, nama sendiri dan lain-lain lagi.
Mereka keliru antara perkataan yang hampir sama, contoh ‘buah’ dan ‘bahu’.  Mereka juga keliru huruf atau bunyi abjad yang hampir sama dalam suku kata, contohnya almari’ dan ‘lamari’.  Selain itu, mereka menggbungkan suku kata secara terbalik, contohnya ‘baju’ menjadi ‘juba’ dan juga salah menyusun abjad dalam perkataan, seperti ‘sabun’ menjadi ‘basun’.
Masalah Membaca
Disleksia biasanya dikaitkan dengan membaca.  Kanak-kanak yang mengalami disleksia mempunyai kemahiran membaca lemah.  Kemampuan pembacaan kanak-kanak disleksia tidak setaraf dengan kemampuan kanak-kanak seusianya. (Tjhin Wiguna dalam Kompas CyberMedia, 2004)  Apabila mereka membaca, mereka teragak-agak walaupun mereka menggunakan jari untuk menolong mereka membaca.  Kadangkala cara membaca mereka seperti mereka gagap. (Tjhin Wiguna dalam Kompas CyberMedia, 2004)  Mereka sukar memahami dan menggunakan teks bacaan.  Mereka juga lemah atau tidak pandai menggunakan intonasi dan ekspresi yang sesuai. Intonasi mereka akan turun dan naik mengikut gerak hati mereka. (Tjhin Wiguna dalam Kompas CyberMedia, 2004)  Selain itu, apabila membaca mereka tidak menghiraukan tanda baca dan suka menambah perkataan pada bacaannya.  Mereka juga sering melangkau baris semasa membaca dan salah sebut perkataan, terutamanya perkataan yang tidak biasa digunakan.  Terdapat juga kanak-kanak yang pura-pura membaca buku berpandukan gambar yang dilihat atau mereka ciptakan.
Masalah yang paling terkenal dengan disleksia ialah kanak-kanak sentiasa keliru dengan perkataan dan huruf yang kelihatan sama.  Mereka akan membaca perkataan terbalik, contoh seperti ‘batu’ menjadi ‘tuba’, ‘gula’ menjadi ‘lagu’ dan sebagainya.  Selain pembalik perkataan, mereka juga terbalik dalam konsep ruang. Misalnya, mereka keliru terhadap pemahaman konsep atas dan bawah, depan dan belakang dan sebagainya. (Tjhin Wiguna dalam Kompas CyberMedia, 2004)  Selain itu, mereka juga keliru kedudukan huruf dalam perkataan, seperti ‘makan’ menjadi ‘makna’; dan keliru antara perkataan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu yang hampir sama, seperti ‘jam’ dan ‘jem’, ‘cat’ (kucing) dan ‘cat’ dan lain-lain.  Penambahan dan pengurangkan huruf juga berlaku, contohnya ‘bulan’ menjadi ‘bulang’ dan ‘bunga’ menjadi ‘buna’. Kadangkala huruf vokal yang mereka baca tidak jelas atau mereka mengganti konsonan. (Untung S. Drazat, 2006)
Orton mencatat bahawa banyak anak disleksia yang kidal atau ambidextrous, iaitu dapat menggunakan kedua belah tangan untuk menulis, akan seringkali membaca dari kanan ke kiri. (Untung S. Drazat, 2006)  Contohnya, ‘Pada masa yang sama’ akan menjadi ‘Dapa sama yang masa’.  (SpeEd, 2007)
Masalah Menulis
Kanak-kanak disleksia tidak suka menulis. Mereka menulis lebih lambat berbanding dengan rakan sebaya mereka.  Sewaktu menulis, mereka sering mengigit jari atau pen dan tenung buku seperti tidak faham. Mereka akan menekan pencil semasa menulis.  Mereka sukar menulis atau memindahkan maklumat ke atas kertas.  Hal ini keranan apabila mereka cuba menulis dan mengeja apa yang difikirkan, mereka tidak dapat pindahkan fikiran mereka daripada otak kepada tangan.  Kadangkala mereka perlu fikir begitu lama susunan huruf sehingga mereka lupa apa yang mereka sedang cuba menulis. (Sariah Amirin, 2000) Hal ini juga akan menyebabkan mereka sukar menyalin maklumat atau meniru dari papan tulis atau buku teks serta yang dikatakan atau disebut oleh guru.  Mereka akan meninggalkan atau menyelit perkataan dan juga meninggalkan atau menyelitkan huruf serta selalu terpaksa menyalin daripada rakan.
 Bentuk penulisan mereka berbeza-beza. Mereka juga mengalami kesukaran untuk memegang pensel dan tidak dapat menulis mengikut garisan yang disediakan. (SpeEd, 2007) Tulisan mereka amat sukar dibaca dan tidak kemas.  Mereka akan menulis terbalik, iaitu dari kanan ke kiri (SpeEd, 2007) dengan bentuk abjad yang tidak jelas dan mereka juga kerap menggunakan pemadam semasa menulis.  Selain itu, mereka lemah atau tidak pandai menggunakan tanda baca atau huruf besar.  Mereka biasanya tidak akan memulakan huruf besar dipermulaan ayat dan sering campurkan huruf besar dengan huruf kecil dalam sebuah perkataan.  Apabila menulis ayat, terdapat kanak-kanak yang tidak menjarakkan perkataan dalam sebuah ayat: Sayasukabermain.  Terdapat juga kanak-kanak yang menjarakkan perkataan dengan salah: Say asu kaberm ain. Selain itu, kanak-kanak ini juga cenderung menulis perkataan yang pelik-pelik dan keliru dengan perkataan pendek seperti ia, dia, ini dan sebagainya.
Masalah Matematik dan Nombor
Sama seperti, kanak-kanak keliru antara huruf yang hampir sama, kanak-kanak disleksia juga keliru dengan nombor yang sama bentuk, contohnya: 3 – 5 – 8, 9 – 6 (Sri Cempaka, 2007) dan 2 – 5 (Untung S. Drazat, 2006) Selain itu, mereka juga terbalik susunan nombor, contoh 45 menjadi 54.
Kanak-kanak ini juga menghadapi kesukaran dalam pembelajaran yang berkaitan dengan matematik mental. (SpeEd, 2007)  Mereka keliru atau tidak memahami tanda-tanda dan simbol-simbol matematik, contohnya: + dan =.  Selain itu, mereka keliru dengan konsep masa, waktu dan konsep wang.  Mereka sukar dalam menyusun atur maklumat, seperti hari-hari dalam seminggu dan bulan-bulan dalam tahun dan sukar mempelajari sifir matematik.
  1. perkembangan motor yang kurang matang termasuk kelakuan-kelakuan hiperkinetik
  2. gangguan penglihatan
  3. singkat ingatan
  4. gangguan dalam bahasa
  5. kebolehan kognitif yang rendah
  6. kesukaran dalam kematangan emosi dan social
  7. tidak dapat membezakan lambing bertulis dengan bunyi lambing tersebut
  8. tidak dapat mengaitkan bunyi huruf dengan lambang iaitu tidak dapat mengingat lambang mana yang harus ditulis untuk dipadankan dengan bunyi-bunyi tersebut
  9. tidak dapat menyusun lambang tulisan supaya betul dan bersesuaian dengan bunyi-bunyinya agar menjadi perkataan yang beermakna
  10. tidak dapat menulis dari kiri ke kanan dan juga tidak dapat menulis susunan huruf atau perkataan agar tidak terbalik kedudukannya.
  11. Tidak dapat menyusun atau mengurus masa dan ruang mengikut susunannya.
  12. Tidak dapat membuat koordinasi motor mata-tangan kiri kanan serta menumpukan perhatian
  13.  Sukar mengikuti latihan sukan yang kompleks
  14. Peningkatan tumpuan kepada aktiviti pendengaran
  15. Lebih tumpuan kepada aktiviti pendebgaran yang mana menutup kemahiran pandangan
  16.  Sukar belalar bahasa, ketidakseimbangan kebolehan intelektual
  17. Tidak lancar membaca,menulis daya tumpuan yang lemah

Kesalahan-kesalahan bacaan yang dilakukan oleh kanak-kanak disleksia:
• Mereka-reka cerita berdasarkan gambar yang ditunjukkan walaupun cerita tersebut tiada kaitan dengan isi bacaan.
• Membaca lambat dan teragak-agak.
• Mengikut bacaan dengan jari.
• Kerap hilang tempat bacaan, sama ada hilang terus atau membaca baris tersebut dua kali.
• Membaca kuat tetapi teragak-agak dengan satu intonasi.
• Cuba mengeja tetapi sebutannya salah misalnya mengeja ketat tetapi menyebut kelat.
• Meramal perkataan tanpa mengira ianya bermakna atau tidak.
• Membaca secara terbalik misalnya aman dibaca nama dan sebagainya.
• Menyusun perkataan dengan susunan yang salah.
• Memendekkan perkataan yang panjang misalnya kerosakan dibaca rosak sahaja.
• Salah membaca perkataan yang mempunyai bentuk yang sama misalnya kakak=katak, baju=bayu.
• Menggantikan perkataan lain yang sama maknanya misalnya ayahanda=bapa.


Kesilapan tulisan-tulisan yang dilakukan kanak-kanak disleksia:
• Menulis huruf-huruf dengan susunan yang salah misalnya saman ditulin sanam.
• Menulis secara mirror writing.
• Menterbalikkan huruf misalnya b menjadi d.
• Menulis perkataan yang didengar misalnya buang menjadi buwang.
• Menggunakan perkataan yang ganjil seperti mjeik, pojktc dan lain-lain lagi.
• Tertinggal huruf dalam perkataan seperti emak menjadi mak sahaja.
• Menambah huruf misalnya tuang menjadi tunang.
• Tidak dapat menulis huruf yang disebut.
• Tidak dapat memilih huruf yang disebut.
• Tidak dapat menyesuaikan huruf dengan huruf yang sama.

Bagaimana guru membantu kanak-kanak di dalam kelas?
Banyak cara yang boleh dilakukan oleh guru dalam membantu kanak-kanak disleksia selain dari kaedah dan teknik mengajar. Antaranya adalah:

• Dudukkan kanak-kanak di hadapan kelas.
• Guru hendaklah bercakap dengan suara yang tenang dan jelas.
• Tulisan guru mestilah terang dan jelas.
• Beri masa yang lebih kepada kanak-kanak dalam menyelesaikan kerja mereka.
• Berikan kelonggaran kepada mereka.
• Banyakkan penglibatan kanak-kanak dalam kemahiran lisan.
• Elakkan kerja-kerja rumah yang terlampau banyak.
• Semasa kanak-kanak lain sedang membaca sendiri, guru cuba ajarkan kanak-kanak bermasalah itu membaca secara fonetik.
• Jangan marahkan kanak-kanak jika tersalah mengeluarkan buku pelajaran tetapi bantulah dia.
• Sediakan bahan pengajaran yang baik.
• Gunakan aplikasi teori Gestalt.
• Tekankan ke atas pengamatan butiran.
• Konsep kedudukan dan orientasi huruf.
• Berikan latihan kemahiran urutan pandangan.
• Pengajaran menyela bertujuan untuk memperbaiki kemahiran membaca.

Prosedur pengajaran kepada kanak-kanak disleksia pandangan yang tidak dapat belajar melalui gambaran pandangan kerana tidak dapat mengait perkataan dengan makna dan tidak dapat mengekalkan ingatan tentang imej sesuatu perkataan ialah melalui kaedah pengajaran fonetik/ linguistik di mana kaedah ini bukan sahaja menekankan bacaan dan ejaan tetapi juga cara menulis dan menggabungkan perkataan, ayat dan idea-idea agar ianya bermakna dan logik. Oleh itu guru perlulah mempunyai pengetahuan yang luas dalam fonetik dan linguistik. Antara kaedah fonetik dalam pengajaran adalah melalui:
• Ajar nama dan huruf bunyi.
• Ajar huruf yang bermula dengan setiap bunyi.
• Ajar mengenal huruf berdasarkan bunyi.
• Ajar perkataan bunyi huruf.
• Pengadunan bunyi membentuk perkataan yang bermakna.
• Mengelompokkan perkataan dalam huruf yang sama.
• Perkenalkan adunan bunyi dua huruf konsonan.
• Perkenalkan adunan bunyi huruf konsonan dengan vocal.
• Perkenalkan ayat, perenggan dan cerita yang senang dan pendek.

Dalam kaedah fonetik/ linguistic, kanak-kanak hendaklah di ajar secara lankah dan logik. Latih tubi adalah berdasarkan teknik multy sensory. Teknik ini menggunakan pengamatan penglihatan dan pengamatan pendengaran kanak-kanak selain dari membabitkan penulisan kembali dan mengulang pembacaan secara kuat apa yang telah ditulis. Langkah-langkah terperinci adalah seperti berikut:
1) Guru menunjukkan di kad imbasan dengan gambar yang bermula dengan huruf tersebut dibelakangnya. Murid dikehendaki menyebut huruf tersebut.
2) Guru menyuruh murid ulang ayat tersebut.
3) Guru sebut sekali lagi, kali ini mengikut suku kata.
4) Murid menulis ayat tersebut. Sambil menulis, sebut ayat tersebut.
5) Guru menyuruh murid menyebut perkataan yang ditulis.
6) Jika terdapat kesilapan, murid mencarai sendiri dengan cara semakan.
Kaedah dan teknik ini dapat mempertingkatkan daya ingatan murid dalam membina ayat kerana guru telah memulakannya dari ayat pendek kepada ayat yang lebih panjang dan semakin susah.

Bagi kanak-kanak yang menghadapi masalah dysleksia pendengaran di mana merteka akan memberi respon positif terhadap pengajaran bacaan awal yang menggunakan pendekatan seluruh perkataan adalah dengan cara:
• Membentuk kesepadanan pendengaran dan pandangan.
• Mengajar perbendaharaan kata yang berlainan bunya dan bentuk.
• Menggunakan pendekatan pengalaman bahasa.
• Menggunakan mesin pengajaran seperti Language Master, Autoscore dan computer dalam pendidikan.
• Aktiviti pengadunan dan intergrasi.
• Peningkatan keupayaan diskriminasi dan analisis pendengaran.

Kesimpulannya, Disleksia ialah gangguan perkembangan bahasa yang menunjukkan bentuk dalam kesukaran membaca. Ia melanda 2-8 peratus kanak-kanak sekolah rendah. Kebanyakkan daripada mereka memberi tindak balas yang baik kepada pemulihan membaca.

No comments:

Post a Comment