Sunday, 6 September 2015

PEMANASAN GLOBAL

PEMANASAN GLOBAL (GLOBAL WARMING)
GAMBARAJAH DI BAWAH MENUNJUKKAN KEJADIAN FENOMENA PEMANASAN GLOBAL



Pemanasan global merupakan satu fenomena pemerangkapan gas yang dikenali sebagai gas rumah hijau yang mana kumpulan gas inimenghalang dan memerangkap haba bumi daripada terbebas keluar ke angkasa. Sifat kumpulan gas ini ialah membenarkan bahangan matahari menembusinya tetapi menghalang pembebasan semula bahangan bumi ke atmosfera. Contoh gas rumah hijau ialah karbon dioksida, karbon monoksida, kloroflorokarbon (CFC), metana, nitrogen oksida dan lain-lain. Kebiasaannya, fenomena pemanasan global dapat dirasai dengan lebih jelas di kawasan kutub utara dan selatan, kawasan pembangunan perindustrian, kawasan perbandaran dan banyak lagi tempat dunia.

PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA PEMANASAN GLOBAL

1. PERINDUSTRIAN

Aktiviti perindustrian merupakan punca utama kepada fenomena pemanasan global. Pembakaran bahan api fosil seperti gas dan arang batu bagi menggerakkan mesin dan jentera telah mengeluarkan banyak gas rumah hijau terutamanya gas karbon dioksida.

Semakin banyak gas karbon dioksida dihasilkan, semakin banyak haba yang dan terperangkap oleh lapisan gas lalu meningkatkan suhu udara secara global.



2. PENGANGKUTAN

Kenderaan bermotor kini merupakan pengangkutan utama bagi manusia memudahkan pergerakan mereka di bumi ini.

Penggunaan kenderaan yang menggunakan minyak sebagai bahan bakar utama bagi menggerakkan enjin kenderaan khususnya minyak tanpa plumbum telah banyak membebaskan gas karbon dioksida dan gas karbon monoksida

3. PEMBAKARAN HUTAN

Kegiatan pembakaran hutan secara besar-besaran dan berleluasa untuk membersihkan kawasan hutan bagi menjalankan aktiviti pertanian, petempatan atau sebagainya telah menyumbang kepada pemanasan global

Pembakaran hutan telah menyebabkan imbangan kandungan oksigen dengan karbon dioksida tidak seimbang. Lebihan karbon dioksida terjadi dan berlakulah pemanasan global
Asap yang terbebas ke angkasa daripada pembakaran hutan juga mengandungi banyak gas karbon dioksida.


4. PERTANIAN DAN PENTERNAKAN

Aktiviti pertanian yang menggunakan racun-racun serangga dan baja kimia secara berlebihan.

Penggunaan racun-racun serangga dan baja kimia yang secara berlebihan ini telah mengeluarkan banyak gas rumah hijau terutamanya gas metana.
Kegiatan perternakan juga menyebabkan berlakunya pemanasan global. Hasil buangan najis haiwan ternakan seperti kambing dan lembu telah menghasilkan dan membebaskan banyak gas metana ke angkasa.


LETUSAN GUNUNG BERAPI

Selain punca pemanasan global yang disebabkan oleh aktiviti manusia terdapat juga disebabkan oleh faktor semulajadi iaitu letusan gunung berapi.

Letupan gunung berapi yang banyak mengeluarkan asap dan debu yang mengandungi banyak gas rumah hijau contohnya karbon dioksida, gas karbon monoksida, gas sulfur dioksida dan sebagainya telah menyumbang kepada berlakunya pemanasan global.

Contoh gunung berapi yang pernah meletus ialah Gunung Tambore di Sumbawa dan Gunung Krakatoa di Selat Sunda.

KESAN-KESAN AKIBAT PEMANASAN GLOBAL

Peningkatan suhu secara global sudah tentu akan mencairkan litupan salji dan glasier di kawasan-kawasan pergunungan dan kedua-dua kutub. Kenaikan air laut akibat pencairan ais berupaya memberi dampak yang dahsyat seperti kejadian banjir besar terhadap negara-negara kepulauan contohnya Fiji dan Maldives serta negara-negara pada ketinggian yang rendah contohnya Belanda dan Bangladesh. Akibat pencairan ais yang menyebabkan kejadian banjir besar ini akan mengakibatkan kemusnahan bukan sahaja nyawa manusia dan harta benda akan musnah tetapi bekalan makanan seperti tanah-tanah pertanian yang subur akan turut termusnah.
Suhu bumi yang tinggi menyebabkan tanah-tanah yang subur menjadi tandus dan tidak sesuai bagi aktiviti pertanian. Pokok-pokok tanaman juga tidak dapat hidup dengan subur seterusnya mengurangkan hasil pertanian. Walaupun hanya berlaku perubahan kecil pada suhu, taburan hujan dan sinaran matahari,ia boleh menyebabkan hasil pertanian terjejas teruk, sekaligus mengancam bekalan makanan dunia.



Kekeringan sumber air permukaan bumi/ kemarau menyebabkan proses sejatan tidak mempunyai wap-wap air untuk membentuk awan yang tebal bagi menurunkan hujan. Kadar hujan berkurangan, udara menjadi kering dan persekitaran menjadi panas. Dalam keadaan udara kering memudahkanterbentuknya jerebu/ partikulat-partikulat terampai. Pemanasan global mengakibatkan peningkatan suhu di Lautan Pasifik. Hal ini mengubah pola tiupan angin lazim dari darat ke laut akibat perbezaan tekanan yang hebat. Kesannya angin kencang bertiup ke barat Pasifik menyebabkan cuaca panas dan angin lembab pula bertiup ke timur Pasifik menyebabkan kejadian ribut, banjir dan taufan.

10 ISU PANAS PENDIDIKAN DUNIA DI MALAYSIA

Sesi persekolahan bagi tahun 2015 bakal melabuhkan tirainya. Banyak kenangan suka duka yang telah berlangsung sepanjang tahun ini. Sama ada ianya kenangan manis atau kenangan pahit untuk anda pada tahun ini, sudah tentu ianya akan menjadi titik tolak kepada satu permulaan yang baru, ke arah yang lebih baik, inshaAllah. Jom saya bawa pembaca mengimbau kembali kontroversi dan isu-isu yang melanda pendidikan Malaysia sepanjang tahun 2015 ini. Semoga yang baik, kita jadikan teladan, dan yang buruk kita jadikan sempadan!

Isu Ibubapa vs  Cikgu

Isu pada awal tahun bermula dengan gambar keratan akhbar mengatakan amaran kepada cikgu supaya jangan denda, hukum dan bagi kerja rumah kepada anak murid. Maka ramai lah yang respon dengan perkara ini dengan menyuruh ibubapa mengajar sendiri anak-anak mereka. Tapi muncul juga persoalan, benarkah mesej tersebut daripada ibubapa?




Isu kemudian diteruskan lagi dengan kenyataan kontroversi Dr Rubiah K Hamzah mengenai cikgu yang bersalah kalau pelajar bermasalah. Dah tentu lah meletup sekejap rakan guru mengulas kenyataan yang camtu. Macam-macam komen juga keluar dari pelbagai pihak.



Kes bertambah serius lagi dengan isu makan pelajar bukan Islam dalam jamban semasa bulan puasa yang mendapat liputan yang sangat meluas di media massa. Sehinggalah kebenarannya terbukti. Itu bukan jamban! Tetapi bilik persalinan yang diubahsuai bagi menggantikan kantin yang sedang dibina semula. Langsung tak ada permohonan maaf daripada ibu yang mencetuskan huru hara kepada pihak sekolah!




Selain itu ada juga isu bapa pelajar yang menyaman sekolah kerana anaknya tidak menyiapkan kerja rumah. Sehingga kan muncul juga beberapa video parodi mengenai isu ini. Kesian cikgu.. Kemudian sebuah sekolah didakwa telah memasang CCTV dalam tandas yang kemudiannya dinafikan oleh pihak sekolah. Pemasangan CCTV juga sebenarnya telah mendapat persetujuan ibubapa. 




Isu Cikgu

Kisah cikgu yang paling menggemparkan tahun ini tentulah kisah mengenai seorang guru yang kematian anak nya dalam kereta. Saya tak nak ulas lebih-lebih, tetapi mendoakan yang terbaik buat beliau dan keluarga. Kemudian dikejutkan sekali lagi mengenai kehilangan anak seorang guru. Yang kemudiannyaanak tersebut ditemui di Pulau Pinang, dilarikan oleh kekasihnya. Hmm.. Ini pun taknak komen lebih-lebih.



Isu semasa seperti LGBT juga telah mengetengahkan guru yang bergiat aktif dalam menyedarkan golongan LGBT, seperti Cikgu Erin, dulu pondan sekarang pendakwah. Dunia pendidikan juga dikejutkan dengan insiden tembakan beberapa orang guru diKelantan dan Kedah. Tak lupa juga kematian beberapa tokoh utama dalam dunia pendidikan di Malaysia seperti Allahyarham Ustaz Muhammad El-MuhammadyAllahyarham Tan Sri Ainuddin Wahid, dan Allahyarham Tan Sri Dr Awang Had Salleh.Semoga Allah merahmati mereka semua! 





Isu Buli

Untuk tahun ini, masih ada kedengaran beberapa kes buli dalam kalangan pelajar yang dilaporkan ke media massa. Dimulakan dengan isu buli ketua kelas di SMK Tun Hussein Onn sehinggalah isu buli dalam asrama di SMK Julau, Sarawak




Walaupun kes yang berlaku di 2 buah sekolah ini adalah tidak serius sehingga menyebabkan kematian, namun perkara seperti ini perlu sentiasa dipandang serius. Semua pihak perlu bekerjasama dalam membanteras kes buli ini sehingga ke tahap sifar!





Isu Cikgu Berpolitik

Oleh sebab pada tahun ini kita didemamkan dengan demam politik untuk hampir sepanjang tahun, maka muncul lah beberapa cikgu yang saya rasa sedikit melampau bila bermain dengan isu politik. Maka muncul lah kes-kes macam Cikgu Doggie. Serius juga kesnya, sehinggakan diambil tindakan oleh polis dan KPM sendiri. 




Isu politik ini berterusan lagi apabila seorang guru di Selangor telah menghukum pelajar-pelajarnya yang sekolah rendah berdiri hanya kerana perbezaan fahaman politik. Musim politik, sila jaga diri yer..





Isu Cikgu Perkauman

Ini juga antara isu yang sepatutnya dah tak boleh ada di bumi Malaysia nih. Seorang cikgu perempuan di sebuah sekolah di Johor, telah melakukan provokasi melampau terhadap muridnya dengan memanggil mereka dengan gelaran yang sangat tidak sopan. Memang tak patut! Guru tersebut kemudiannya ditempatkan di PPD sementara menunggu siasatan.




Kemudian sekali lagi gempar dengan kenyataan kontroversi oleh seorang Pengetua semasa perhimpunan. Kenyataan menjadi lebih kontroversi apabila wartawan hanya melaporkan "balik ke China dan India" menyebabkan ianya menjadi isu yang besar. Kenyataan asalnya, "balik ke China, India dan Indonesia". Yang wartawan tuh pun satu hal..







Isu PPPM

Isu pelaksanaan PPPM juga mengundang banyak polemik dalam kalangan pendidik Malaysia. Terutamanya bagi mereka yang salah faham akan tujuan pelaksanaan dasar tersebut. Bantahan menyebabkan respon yang keras daripada pelbagai pihak. Ini termasuk kenyataan daripada Dr Teo Kok Seong terhadap Dong Zong yang dilihat menentang pelaksanaan dasar tersebut. Menteri Pendidikan pulategas dengan kenyataan akan meneruskanpelaksanaan dasar tersebut. Akhirnya pada bulan September 2013, PPPM telah selamat dilancarkan dengan jayanya. 




Isu PBS

Isu PBS memang isu yang paling TOP dalam kalangan cikgu untuk tahun 2013 ini. Sampai ada yang buatluahan berkaitan dengan permasalahan yang timbul akibat PBS ini. Rungutan demi rungutan didedahkan oleh pihak tertentu. Kes menjadi lebih kritikal apabila isu PBS dan sistemnya iaitu SPPBS turut disuarakan di Parlimen. Kesannya, sistem yang banyak kelemahan tersebut telah ditutup bagi dibaikpulih selama sebulan. 



Tokoh-tokoh akademik seperti Dr Mohamad Agus juga lantang dalam memperjuangkan nasib-nasib guru yang bertungkus lumus menyiapkan tugasan dalam kesukaran. Kewujudan group-group di Facebook yang memohon supaya dimansuhkan PBS bagi menjamin masa depan pendidikan Malaysia. 





Isu Profesionalisma Guru
2013 juga menyaksikan kewujudan begitu banyak sistem-sistem dalam dunia pendidikan Malaysia. Memang banyak, sampai ada yang bertindih fungsinya. Itu belum kira samaada berkesan atau tak, lambat atau cepat. Kemudian keluar pula kenyataan mengenai 70% guru Bahasa Inggeris yang tidak menguasai bahasa tersebut. Pelbagai maklumbalas daripada guru-guru Bahasa Inggeris menerjah dunia blog. 



Pelaksanaan dasar MMI juga memberi reaksi berbeza daripada guru-guru sehingga memaksa untuk NUTP bertindak memperjuangkan permasalahan yang timbul di peringkat guru dan sekolah. Dengan pelaksanaan pelbagai dasar lagi untuk sepanjang tahun 2013 ini, maka diharapkan KPM agar lebih berhati-hati dan jalankan kajian terlebih dahulu sebelum dilaksanakan.



Muncul juga kenyataan-kenyataan kontroversi daripada pihak-pihak tertentu berhubung dengan profesionalisma guru seperti guru yang tidak bersemangat mengajar dan pelajar ponteng kerana cikgu membosankan





Isu Peperiksaan

Isu peperiksaan paling popular tahun ini tentulah mengenai pemansuhan PMR dan digantikan dengan PBSMR bermula tahun 2014. Walaupun masih belum clear sistem dan tatacara pelaksanaannya, namun diharapkan pelaksanaannya tidak menjejaskan pendidikan generasi akan datang.



Kisah pada hari keputusan UPSR juga tak kurang hebatnya. Ada kisah sedih mengenai seorang anak OKU yang dikendong oleh bapanya sampai ke rumah kerana mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR. Dan ada juga kisah yang berlebihan. Namun yang paling diingati tentulah kisah seorang tokey ayam yang menghadiahkan anaknya sebuah kereta Mini Cooper sebab dapat 5A.. Bestnya dia... 





Pada hari pertama SPM juga, kita dikejutkan dengankisah sedih mengenai kematian 2 orang pelajar yang menjadi calon SPM. Sudah tentu kisah ini mengingatkan saya kepada mendiang pelajar saya yang tak sempat nak ambil SPM pada tahun ini kerana terlibat dalam satu kemalangan maut. 



Kisah SPM dipanaskan lagi dengan isu soalan Matematik yang dikatakan bocor. Memang hebat betul perdebatan yang berlaku kat ruangan komen di blog saya nih. Pelbagai pihak saling tuduh menuduh dan memberikan bukti masing-masing. Akhirnya Lembaga Peperiksaan muncul dengan kenyataan bahawa tidak ada isu soalan bocor. Selesai!





Isu Pertukaran Guru

Pertukaran guru juga merupakan isu yang memang sudah lama berkumandang dalam dunia pendidikan. Besarnya isu ini sehingga dimainkan sebagai antara isu utama dalam permainan politik pada tahun ini sehingga menyebabkan menteri mengeluarkan kenyataan berita baik bagi pertukaran guru-guru yang sudah berkahwin



Pertukaran juga dikatakan akan lebih bersifat mesra pasangan. Malah guru-guru semenanjung di Sabah dan Sarawak yang sudah lama berkhidmat akan cuba dibawa pulang pada tahun ini. Tak cukup dengan itu, KPM juga tampil membersihkan diri dengan menjawab dakwaan pertukaran yang menggunakan duit oleh orang tengah. 




Akhirnya apa yang berlaku?. Keputusan EGTukar lewat diumumkan lebih daripada kebiasaan. Dan pertukaran mesra pasangan seperti yang dijanjikan juga kurang boleh dipercayai. Kalau tidak masakan boleh muncul watak cikgu yang baru, iaitu Cikgu Idayu. Kisah sedih guru muda yang sangat tertekan akibat gagal dalam permohonan pertukaran. Bukan Cikgu Idayu sahaja, tetapi juga Cikgu Hailmi yang gagal permohonan pertukaran buat kali ke-10! (tumpang sekaki)




Di sebalik semua kisah kontroversi sepanjang tahun 2013 ini, saya yakin semua guru mempunyai semangat yang kental dalam mengharungi susah payah dan jerih perih kesukaran bergelar seorang cikgu! Semoga kita terus tabah dan dikurniakan dengan semangat yang tak pernah kenal erti jemu dalam mendidik anak bangsa. Amin!

PUNCA BERLAKUNYA GEJALA SOSIAL DALAM KALANGAN REMAJA PADA MASA KINI

Zaman remaja merupakan zaman yang sangat menyeronokkan bagi setiap individu. Pada zaman remaja, seseorang individu sudah semestinya ingin mencuba pelbagai benda dalam kehidupan mereka. Kehidupan zaman remaja seolah-olah memberikan kebebasan yang sepenuhnya untuk melakukan pelbagai perkara. Oleh sebab itu, tidak mustahil seseorang remaja boleh terjebak ke dalam gejala sosial. Jika kita teliti dengan mendalam terdapat banyak punca kenapa golongan remaja mudah terjebak dalam kancah gejala sosial. 


# Kelemahan Didikan Agama dan Moral Diri Remaja

Faktor diri remaja sendiri merupakan sebab berlakunya gejala sosial. Kebanyakan remaja yangterlibat dalam gejala sosial tidak mempunyai didikan agama dan moral yang mendalam. Mereka tidak takut pada dosa atau pembalasan Tuhan di atas perbuatan mereka. Remaja terbabit juga biasanya tidak sembahyang dan mengingkari perintah agama yang lain. Mereka berpendapat bahawa, kehidupan masa remaja perlu diisi dengan hiburan dan keseronokan semata-mata.


# Sikap Tidak Mengambil Berat Oleh Ibu Bapa

Sikap ibu bapa juga boleh menyebabkan remaja terjerumus dengan gejala sosial. Terdapat ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang kebajikan dan kasih sayang terhadap anak-anak. Anak-anak amat memerlukan kasih sayang daripada ibu bapa. Ada segelintir ibu bapa begitu sibuk dengan kerjaya bagi menambahkan pendapatan sehingga anak-anak terabai dan tidak mendapat kasih sayang yang secukupnya. Sikap ibu bapa ini menyebabkan anak­-anak tidakmendapat perhatian yang sewajarnyalalu mereka melakukan perkara-perkara tidak berfaedah  untuk mehilangkan kebosanan. Selain itu, tidak kurang juga ada yang melakukan gejala sosial ini semata-mata untuk mendapat perhatian daripada ibu bapa mereka.


# Terikut-Ikut Dengan Sikap Negatif Rakan Sebaya

Pengaruh rakan sebaya juga boleh mendorong remaja terlibat dalam gejala sosial. Disebabkan faktorpergolakan keluarga di rumah, remaja cenderung untuk berjumpa rakan sebaya bagi mencari ketenangan dan kegembiraan. Sebahagian daripada rakan sebaya ini pula adalah mereka yang mempunyai perangai negatif. Oleh itu, remaja begitu mudah terikut-ikut dengan sikap rakan sebayamereka. Apabila bersama rakan sebaya, remaja cenderung untuk melakukan perkara tidak berfaedah seperti merokok, melepak di pusat membeli-belah dan mendapatkan hiburan di pusat-pusat hiburan.


# Sikap Individualistik Masyarakat

Sikap masyarakat yang tidak mengambil berat tentang permasalahan remaja juga menjadifaktor penyebab. Masyarakat hari ini cenderung untuk bersikap individualistik atau tidak mahumenjaga hal orang lain. Oleh itu, tidak hairanlah jika ada remaja yang menagihdadah berdekatan dengan tempat tinggal mereka tetapi langsung tidak dipedulikan oleh masyarakat kerana mereka berpendapat bahawa, pihak berkuasa sahaja yang perlu menanganinya. Sikap masyarakat yang tidak ingin mengambil tahu tentang hal orang lain pasti akan menggalakkan lagi gejala sosial di kalangan remaja. 


# Pengaruh Negatif Media Massa

Pengaruh media massa terhadap para remaja sememangnya tidak dapat disangkal lagi. Remaja cenderung untuk melakukan perkara yang pernah didengar atau dilihat di media massa kerana remajamempunyai naluri ingin mencuba. Sebenarnya sikap ingin mencuba ini adalah sikap yang baik tetapi bukan semua perkara boleh dicuba sewenang-wenangnya. Remaja perlulah menilai kebaikan dan keburukan sesuatu perkara yang diperolehi melalui media massa.

PERATURAN BILIK DARJAH

a) Sebelum memulakan pengajaran, guru perlulah membincangkan perkara seperti berikut:
  • ·         Pengurusan bilik drjah
  • ·         Harapan guru
  • ·         Objektif
  • ·         Aktiviti
  • ·         Peraturan
  • ·         Memantau pelaksanaan peraturan dalam bilik darjah


Perkara2 di atas perlulah dilakukan secara konsisten (tetap) supaya berkesan dan tidak berorentasikan untuk menghukum agar, dapat melicinkan PDP, murid lebih fokus dan mengurangkan tingkah laku disruktif.

b) Peranan Guru

  • ·         Mengurus - mengurus murid untuk mematuhi peraturan....other than that is, menguruskan pembelajaran murid...why, mestilah seorang guru yang hebat, bijak dalam menguruskan muridnya demi mencapai hasil pembelajaran yang ingin dicapai.
  • ·         Perancang - merancang peraturan (dipersetujui oleh murid). Contohnyer, menjaga kebersihan kelas dengan membuat jadual bertugas mengikut kemampuan murid. Selain itu, guru juga berperanan dalam merancang pembelajaran. Contoh ni luar dari topik peraturan bilik darjah ok...
  • ·         Pembimbing - peka dan mengambil berat tentang semua pergerakan dan tingkah laku murid dan membimbing murid untuk mengikut peraturan. Dalam konteks pendidikan khas, murid PK ni perlukan bimbingan yang tinggi dalam memastikan diorg ni mengikut peraturan...
  • ·         Penyelaras - membuat peraturan yang seiring dengan peraturan sekolah....cikgu jangan nak memandai buat peraturan yang lebih straight drp sekolah k.....dgn kata lain jangan melanggar peraturan sekolah ketika membuat peraturan di dalam bilik darjah.
  • ·         Pemudahcara (fasilitator) - menyenaraikan peraturan dalam bentuk yang mudah, difahami dan jelas. haaaaa, ni contoh paling jelas ialah time BIG sekolah. masa nilah guru bertindak sebagai pemudahcara iaitu memberi maklumat kepada ibubapa dengan jelas berkenaan prestasi anak mereka di sekolah.


c) Prinsip Membentuk Peraturan

So apekah prinsip2 dalam membentuk peraturan ni...bukan pakat main buat je mak cik deh.....kena ikut prinsip2 brulah berjaya sesuatu peraturan itu......
  • ·         Munasabah mengikut tahap bilik darjah...contohnyer, darjah 1 peraturan lebih mudah dicapai seperti datang awak ke sekolah, beratur dihadapan kelas dengan betul.....for darjah 4,5 or 6 pulak ialah menjaga kebersihan bilik darjah, menyusun meja supaya lebih kemas dan lain-lain..
  • ·         Ayat mesti ringkas, jelas dan boleh difahami...
  • ·         Bermakna dan dipersetujui.......utk pengetahuan u ollss, lebih berkesan sekiranya guru membentuk peraturan bersama murid dan guru perlulah bersikap demokrasi...
  • ·         Hadkan bilangan peraturan
  • ·         Adil dan dan membantu proses pembelajaran..
  • ·         Selaras dengan peraturan sekolah...


d) Ape yang boleh dibuat oleh seorang guru tu dalam mempamerkan peraturan yang dibuat???

·         Antara perkara yang boleh dibuat ialah guru perlulah menyenaraikan dan pamerkan peraturan pada bilik darjah.....ape tujuannyer.....tak lain tak bukan ialah agar peraturan tu senang untuk murid-murid yang kecil molek tu tengok and boleh dibaca dengan jelas.

e) Contoh Peraturan Bilik Darjah

  • ·         Sentiasa duduk di tempat masing-masing dan bersedia untuk menerima pelajaran dari guru.
  • ·         Membawa buku dan alat-alat yang diperlukan sewaktu sesi pembelajaran.
  • ·         Sentiasa mendengar dan bercakap bila perlu sahaja.
  • ·         Menghantar setiap tugasan yang diberikan pada waktu yang telah ditetapkan.
  • ·         Sentiasa memastikan bilik darjah dalam keadaan yang bersih dan teratur.
  • ·         Elakkan pembaziran.
  • ·         Menjaga hak kerajaan dan persendirian dengan baik.
  • ·         Tidak menipu.
  • ·         Sentiasa berbudi bahasa dan hormat menghormati antara satu sama lain.
  • ·         Sentiasa mematuhi arahan guru.