Thursday, 1 October 2015

PENILAIAN MAKLUMAT


KEWIBAWAAN



Untuk mengenal pasti kewibawaan sesuatu maklumat, anda boleh menilai kewibawaan pengarang (peribadi atau korporat) tersebut terlebih dahulu sama ada beliau merupakan seorang yang berwibawa tentang maklumat yang ditulis. Langkah terbaik adalah dengan melihat kelayakannya di muka surat belakang atau pada jaket buku. Dalam kes Internet, kewibawaan pengarang harus dijadikan kriteria utama. Cuba lihat siapakah yang meletakkan sesuatu maklumat itu di Internet. Cari nama pengarangnya. Adakah terdapat maklumat mengenai latar belakang profesionalnya? Semak pautan daripada dokumen lain untuk kelayakan dan kewibawaan pengarang mengenai sesuatu topik itu. Periksa URL tersebut untuk mengetahui kebolehpercayannya, sama ada ia adalah sebuah direktori web peribadi  atau organisasi. Dalam kes pngarang korporat pula, tanya diri anda jika organisasi tersebut bertanggungjawab secara langsung dalam penerbitan kandungan. Kita harus belajar membezakan antara maklumat berwibawa dengan maklumat komersial.



Dalam bahagian berikut, kami menyediakan contoh pengaran buku yang berwibawa bagi buku mengenai Net Markets. Maklumat ini telah diimbas daripada jaket buku. Untuk menentukan kewibawaan penulis, kami menyediakan panduan untuk anda dalam bentuk soalan. Sambil membaca soalan-soalan tersebut, sila rujuk pada rajah 9.1 untuk mendapatkan jawapan.


Rajah 9.1:Maklumat mengenai penulis buku " Net Markets "



Soalan-soalan berkaitan yang harus anda tanya ketika menilai buku tersebut adalah seperti berikut:



(a) Adakah Tom Dagenais salah seorang pengarang yang menerajui Net Marketing?



(b) Apakah latar belakang profesional beliau? Adakah ia mencukupi untuk menjadikan beliau dikenali sebagai seorang yang berwibawa?



(c) Adakah beliau telah menulis beberapa buah buku atau artikel-artikel dalam jurnal?





KETEPATAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN



Tanya diri anda jika maklumat adalah tepat dan dari sumber yang boleh dipercayai. 



Adakah terdapat maklumat sokongan dalam bentuk statistik, laporan, nota kaki dan sebagainya? Adakah hujah yang disampaikan dengan fakta boleh disahkan oleh sumber-sumber lain yang disebut dalam teks? Setiap fakta mesti tepat dan ada kebolehpercayaan.



Apabila berhubung kait dengan penggunaan Internet, tanya diri anda soalan-soalan berikut:



(a) Bolehkah maklumat disahkan menggunakan cetakan atau sumber lain?



(b) Adakah pengumpulan data dan penerangan kaedah penyelidikan disertakan?



(c) Adakah kaedah yang digunakan sesuai?



(d) Siapakah penerbit?



(e) Apakah jenis domain yang digunakan 



(f) Adakah maklumat diperoleh daripada badan pendidikan, komersial, kerajaan atau bukan kerajaan?





OBJEKTIVITI



Dalam penulisan akademik, objektiviti bermaksud penyampaian maklumat berdasarkan fakta. Ia tidak seharusnya menjadi bahan propaganda atau berat sebelah dalam politik, agama, jantina, bangsa, negara atau falsafah peribadi. Persoalannya, adakah penulisan ini berat sebelah? Cuba anda tanya diri anda soalan ini.



Anda perlu ingat bahawa dalam tugasan, andalah yang membentangkan fakta-fakta, bukan pengarang buku yang anda rujuk. Tugasan anda wajar berfokus kepada fakta, idea dan hujah-hujah yang dibentangkan. Justeru, pastikan bahawa ia disokong oleh maklumat yang objektif dan boleh dipercayai dan bukan pengulangan propaganda orang lain. Seterusnya, bolehkah anda mengesan tulisan yang anda propaganda komersial? Adakah artikel yang ada propaganda komersial ? Adakah artikel yang ditulis mempromosi atau menjual beberapa produk?





MAKLUMAT TERKINI



Maklumat semasa adalah penting dalam kriteria penilain ini. Sila ingat bahawa bukan semua maklumat adalah semasa atau terkini. Oleh itu, proses membuat keputusan adalah di tangan anda. Apabila anda mencari sesuatu maklumat, soalan yang timbul ialah: Menggapakah kita membaca maklumat yang ketinggalan zaman melainkan ia adalah untuk tujuan sejarah? Menggapakah kita membaca edisi kedua sedangkan terdapat edisi kelima di pasaran?



Edisi yang terkini bermaksud maklumat yang dibaca adalah semasa. Kita harus berusaha mencari edisi yang terkini. Pemerolehan maklumat terkini adalah tanggungjawab akademik yang perlu diberi perhatian serius atas nama pembangunan korpus ilmu. Tahun penerbitan dalam halaman hak cipta buku adalah penting untuk menentukan sekiranya kandungan maklumat adalah semasa (rujuk Rajah 9.2).



Jika maklumat semasa tidak penting, berikan tumpuan kepada kewibawaan


Rajah 9.2 : Copyright muka surat buku oleh  Tom Dagenais & Gautsetun Daud dalam Net Markets: Driving success in the B2B networked economy


Untuk memahami konsep kesemasaan dengan lebih jelas, sila lihat soalan-soalan di bawah (sila rujuk kepada Rajah 9.2)



(a) Bilakah buku itu diterbitkan?

(b) Adakah ia edisi terkini?
(c) Adakah maklumat berdasarkan dapatan terkini?
(d) Adakah senarai rujukan menunjukkan bahan-bahan yang terkini?



Apabila berhadapan dengan Internet, makluat semasa adalah penting bagi sesetengah jenis maklumat seperti maklumat statistik. Laman web perlu mempunyai tarikh untuk menunjukkan bila maklumat tersebut telah diwujudkan dan tarikh ia telah diposkan. Jika tiada tarikh, jangan menganggap ia bersifat semasa. Anda perlu ingat bahawa organisasi atau orang yang mencipta laman web harus mampu menyelenggarakan lamanya.



SKOP



Skop merujuk kepada tahap liputan pembaca. Untuk menentukan skop kandungan yang sedang anda baca, tanya diri anda soalan-soalan berikut:



(a) Untuk kumpulan sasaran manakah maklumat tersebut ditulis?

(b) Adakah ia bacaan umum ataupun bacaan akademik?
(c) Berapa menyeluruhkah skop untuk kumpulan sasaran tersebut?
(d) Adakah pembaca perlu membaca beberapa buah buku hanya untuk mengumpulkan maklumat mengenai sesuatu aspek sahaja?





Skop maklumat sesuatu penulisan adalah penting kerana jika ianya tidak menyeluruh, anda membaca beberapa buah buku untuk mengumpul maklumat yang sama.





RUMUSAN

  • Terdapat lima kriteria yang digunakan dalam penilaian maklumat iaitu: kewibawaan, ketepatan dan kebolehpercayaan, objektiviti, semasa dan skop.
  • Dengan memikirkan mengenai tugasan yang diberi serta bahan-bahan bacaan, anda seharusnya boleh menggunakan kriteria yang relevan dalam penilain sebelum anda memilih maklumat.











2 comments: