TUGASAN BERTULIS
Dalam subtopik ini, anda akan dibimbing dalam membuat tugasan bertulis berpandukan langkah-langkah yang diberikan. Anda juga akan didedahkan kepada beberapa kesalahan yang biasa dijumpai dalam tugasan bertulis agar anda tidak melakukan kesalahan yang sama.
Pada dasarnya terdapat 10 langkah utama untuk menghasilkan tugasan bertulis yang baik:
(a) Pilih topik
Pilih topik yang anda anggap selesa dan yang anda tahu. Adakalanya pensyarah atau tutor
memberikan topik khusus untuk setiap individu.
(b) Analisis topik
Tanya diri anda tentang:
(i) Apakah isu-isu utama dan isu-isu sokongan?
(ii) Semak perkara yang perlu anda lakukan: menjelaskan, memberikan komen, menghuraikan, menerangkan, menganalisis dan sebagainya.
(c) Cari maklumat
Gunakan strategi carian yang terbaik yang anda ketahui: OPAC, pangkalan data e-buku, pangkalan data e-jurnal dan internet.
(d) Lakukan penilaian dan pilihan
Adakah anda mempunyai maklumat yang cukup serta berkaitan dengan isu-isu utama atau isu-isu sokongan? (Daripada penggunaan kriteria penilaian dalam Topik 9).
(e) Ambil nota daripada sumber sebenar
Pastikan nota meliputi semua aspek berkaitan dengan isu-isu utama dan isu-isu sokongan
(f) Pelan rangka
Pastikan pelan rangka meliputi pengenalan, isi kandungan, rumusan serta maklumat sampingan seperti apendiks, nota kaki dan sebagainya.
(g) Menyusun dan menggabungkan
Menulis nota untuk setiap bahagian, contohnya:
(i) Pengenalan
(ii) Kandungan
(iii) Kesimpulan; dan
(iv) Maklumat sampingan
(h) Penulisan
Pastikan anda mengikut panduan ini: Penggunaan bahasa yang ringkas dan jelas. Idea dan penerangan hendaklah disampaikan dengan jelas. Masukkan elemen-elemen pemikiran yang kreatif dan maklumat sampingan seperti apendiks dan rujukan.
(i) Semak tugasan
(i) Adakah saya menguruskan isu utama da isu sokongan dengan sempurna?
(ii) Apakah kandungan relevan dan menyeluruh?
(iii) Adakah terdapat apa-apa keterangan sokongan untuk menegakkan pandangan, pendapat dan idea?
(iv) Adakah bahan secara keseluruhannya rasional?
(v) Adakah bahasa jelas dan tepat atau samar-samar atau tidak jelas?
(vi) Adakah perenggan bersambung dengan baik?
(vii) Adakah petikan yang sesuai dinamakan?
(viii) Adakah terdapat kesalahan ejaan?
(ix) Adakah terdapat kesalahan ejaan?
(x) Adakah semua rujukan yang dipetik dalam tugasan direkodkan dengan betul?
(j) Hantar sebelum tamat tempoh akhir
Adalah penting untuk menghantar tugasan anda sebelum tamat tempoh akhir. Sejauh manapun baiknya tugasan anda, jika dihantar lewat daripada tempoh yang ditetapkan, ia menunjukkan skil pengurusan masa anda adalah lemah. Susun masa dengan bijak dan jangan berlengah-lengah dalam menyiapkan tugasan. Tahukan anda bagaimana cara mengatur masa yang baik dalam menyiapkan tugasan? Sila layari laman sesawang berikut: http:// www/lib.umn.edu/help/calculator/ dan cuba kalkulator tugasan Universiti Minnesota. Ia dapat membantu anda meletakkan tarikh akhir anda sendiri untuk menyiapkan tugasan dengan berkesan.
No comments:
Post a Comment